Popular

(Update) Memandu Pelancong Group Cikgu Norlaila Othman Kedah - Percutian Ke Pulau Tioman

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian. Hari ini saya nak berkongsi rutin saya sebagai tour guide di Pulau Tioman. Serba sedikit dapat memberi inspirasi kepada pembaca semua untuk merancang percutian ke Pulau Tioman.




Hari Pertama

Pada hari pertama saya bertolak dari Mersing ke Tanjung Gemok. Seawal jam 10 pagi saya menunggu seramai 40 orang pelancong di jetty Tanjung Gemok. Ferry bertolak dari Terminal Tanjung Gemok ke Kampung Genting, Pulau Tioman pada jam 12 tengahari.

Sekitar jam 11.30 pagi pelancong di minta untuk menaiki ferry. sebaik sahaja semua telah selamat masuk ke dalam ferry saya bergegas pula ke Mersing untuk menguruskan pelancong yang naik ferry dari terminal Jetty Mersing, oh ya untuk makluman pembaca terminal untuk ke Pulau Tioman mempunyai 2 jetty yang menghubungkan antara darat dan laut, iaitu jetty Tanjung Gemok dan Jetty Mersing.

Kira-kira pada jam 2.30 petang mereka telah selamat tiba ke Pulau Tioman dan dibawa ke resort oleh kawan saya yang telah bersedia di jetty Kampung Genting dan terus check in. Saya pula bertolak dari jetty Mersing selepas selesai yang di Mersing tadi dan sampai di Kampung Genting pada jam 5 petang dan terus berjumpa dengan pelancong tadi di resort untuk bagi sedikit taklimat ringkas. 


Pada hari pertama pelancong diberi peluang untuk melakukan aktiviti free dan easy seperti berjalan sekitar kampung dan mandi di pantai. Pada pukul 7.30 malam pelancong mula bersiap untuk makan malam, dan di sebelah lewat malam pula pelancong melakukan aktiviti melepak di pantai membuat unggun api. lebih kurang jam 11.30 malam pelancong mula masuk ke bilik masing-masing untuk merehatkan badan setelah perjalanan jauh ke Pulau Tioman.


Hari Kedua

Pada hari kedua, saya bangun awal untuk membuat persiapan aktiviti bersama pelancong. Awal pagi pelancong sarapan di resort. Setelah itu bersedia di jetty untuk memulakan aktiviti snorkeling bersama pelancong. Semestinya kalau ke mana-mana pulau sudah pasti akan pergi snorkeling sekurang-kurangnya selain daripada mandi laut dan lepak tepi pantai.

"Dengan airnya yang sangat jernih memang rasa tidak sabar untuk melihat keindahan laut di sekitar Pulau Tioman"- ujar pelancong yang turut serta bersama saya.








Saya akan memulakan trip ke Pulau Tomok. Dari jetty Kampung Genting ke sana lebih kurang 10 minit. Pemandangan di Pulau Tomok sangat menenangkan, Air yang jernih dan laut yang tenang. Di Pulau Tomok pasirnya sangat putih memang cantik, sesiapa yang tidak singgah ke Pulau Tomok amatlah rugi. Untuk setiap point saya kebiasaannya mengambil masa 1 jam untuk pelancong snorkeling dan beri makan pada ikan.









Seterusnya point yang kedua ke pusat Taman Laut Pulau Tioman, di pusat Taman Laut pelancong dapat masuk ke musium melihat replika hidupan laut yang menarik, selain itu juga boleh bersantai jemur di pantai. Makan tengahari juga disediakan sewaktu berada di Tamat Laut tersebut.

Selesai aktiviti disini, saya bawa mereka ke Duty Free Shop, Tekek. Tekek adalah sebuah bandar di Pulau Tioman. selain Kedai Bebas Cukai, terdapat sekolah, klinik, airport, kedai makan dan juga mesin ATM. Pelancong boleh keluarkan duit di sini jika perlu. 

Walaupun pelancong sudah kelihatan letih tetapi untuk memberikan kepuasan kepada pelancong saya bawa pelancong ke Pulau Rengis untuk meneruskan aktiviti snorkeling. Pulau Rengis juga lokasi yang wajib singgah untuk melihat coral-coral yang terdapat disana.

Selepas selesai di Pulau Rengis lebih kurang 3.00 petang, tiba di jetty resort. Setelah penat seharian memenuhi aktiviti bersama pelancong saya balik dan berehat. 

Pada sebelah malam pula, BBQ dinner bersama pelancong pada pukul 7.30 malam disertakan aktiviti santai berkaraoke.

Selepas itu pelancong pulang ke bilik penginapan masing-masing.

Hari Ketiga

Pada hari ketiga pelancong sarapan pagi dan selepas itu membuat aktiviti bebas di kawasan penginapan.

Jam 1 petang semua pelancong bersiap sedia di jetty untuk berangkat ke Tanjung Gemok.


Terima kasih kepada TRA Holiday kerana menyedakan perkhidmatan transport dari Kedah ke Tanjung Gemok.

Anda boleh ikuti perkembangan saya di intragram untuk mengetahui aktiviti yang lebih menarik

https://www.instagram.com/pakejpulautiomanoriginal/

Boleh juga ke akaun media sosial saya untuk lebih infomasi

Instagram :

https://www.instagram.com/wanpulautioman/

Twitter : https://twitter.com/wanpulautioman

Facebook :

https://www.facebook.com/wanpulautioman/

Website :

https://www.wanpulautioman.com/

Youtube :

https://www.youtube.com/channel/UCe_JxBP7K_mxH6hKcXlmBdg

Previous
Next Post »