Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sesungguhnya alam yang indah ini adalah ciptaan Allah SWT untuk kita nikmati, hargai dan pelihara. Betapa berkuasa dan agungnya Allah SWT dan kita sebagai hambanya wajib bersyukur dan sentiasalah memuji akan Allah SWT yang esa.
Gambar yang saya kongsikan disini adalah dirakam pada waktu petang, Alhamdulillah sangat cantik pemandangan.
Untuk makluman semua pembaca, secara rasmi saya telah menutup untuk menerima tempahan akhir adalah pada 6 November 2020 tempoh hari, sehingga kini telah hampir 2 minggu saya berehat. Walaupun begitu masih ada yang menghubungi saya untuk bertanyakan tentang harga pakej bercuti ke Pulau Tioman.
Saya mendoakan agar kita semua dilindungi daripada wabak tersebut. Tentang harga pakej bercuti kep Pulau Tioman bagi tahun 2021, saya akan umumkan pada bulan December 2020 nanti, mungkin pertengahan bulan, diharap tuan puan dapat bersabar menanti ya.
sehingga disini sahaja coretan saya agar dapat bertemu di entry yang akan datang ya.
Wan Pulau Tioman - 0192941683
www.wanpulautioman.com / www.wanpulautioman.my / www.pakejpulautiomanoriginal.com
EmoticonEmoticon