Popular

3 Sebab Mengapa Kita Perlu Melancong

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Kami ingin kongsikan 3 sebab mengapa kita perlu melancong sama ada dalam negeri atau luar negeri.


3 Sebab mengapa kita perlu melancong.
1. Berehat
- Setelah sekian lama bekerja dan belajar, minda dan fizikal kita harus berehat. Apabila melancong, kita akan seronok menghabiskan masa dengan melihat tempat-tempat indah dan melakukan pelbagai aktiviti menarik tanpa memikirkan kerja serta bebanan yang ditinggalkan di rumah mahupun pejabat.
2. Melihat dunia baru
- Bukan semua tempat sama dengan tempat kita. Apabila kita ke tempat orang, kita belajar banyak perkara. Ada baik dan ada buruknya. Budaya dan gaya hidup masyarakat di tempat tersebut boleh menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelum ini. Membandingkan tempat orang dengan tempat kita juga adalah salah satu cara untuk memperbaiki diri dan belajar untuk menambah baik apa yang kurang di tempat kita.
3. Mengeratkan hubungan sesama manusia
- Apabila kita melancong bersama keluarga dan kawan, kita akan menghabiskan banyak masa bersama. Hampir semua aktiviti yang kita lakukan adalah bersama mereka. Jika dahulu kita jarang bercerita macam-macam perkara bersama kawan, tetapi setelah melancong bersama, pasti ada cerita yang boleh dikongsikan. Melancong juga dapat menjadikan kita lebih kenal dengan seseorang tidak kiralah ahli keluarga atau kawan-kawan. Kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kita, malah dapat menambah kenalan baru.

SELAMAT BERCUTI SEMUA..
Previous
Next Post »