Popular

Perutusan Sempena Tahun Baru 2021 Daripada Wan Pulau Tioman

 


Perutusan Tahun Baru 2021

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 
Salam Sejahtera

Saya Wan Muhammad Redhuan bin Wan Mustapha wakil penduduk Pulau Tioman, terutama Kampung Genting ingin mengambil sedikit ruang dan peluang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada seluruh Rakyat Malaysia. Suka dan duka, pahit dan manis yang dilalui sebagai insan biasa di sepanjang tahun 2020 marilah kita jadikan kenangan abadi didalam simpanan memori hidup.

Sebagai peneraju pakej bercuti ke Pulau Tioman terletak di Negeri Pahang ini, jauh di sanubaru saya ingin sekali menyediakan banyak perkara sebagai kepuasan pelancong. Namun sebagai hamba Allah, saya hanya menpunyai kudrat upaya terbatas, saya mengakui kadang-kadang saya terlepas pandang dan kelewatan merespon mesej / panggilan pelanggan. InsyaAllah tahun baru ini saya akan lebih meningkatkan dan lebih responsive terhadap mesej / panggilan pelanggan.

Akhir sekali izinkan saya mengucapkan lima perkara sebagai membuka tirai baru 2021:

1. TERIMA KASIH
Terima kasih saya ucapkan kepada pelancong yang memberi sokongan sepanjang tahun 2020. Semoga tidak jemu menghubungi saya dimasa akan datang dan memberi peluang untuk saya teruskan career sebagai pengurus pakej bercuti.

2. MAAF
Saya memohon maaf diatas kesilapan dan kekurangan serta keterlanjuran jika ada.

3. DOA
Saya mendoakan kebaikan kepada pelancong yang datang supaya selamat datang dan pulang sepanjang percutian dan memohon doa dari kalian supaya Pulau Tioman dijauhkan bala bencana, wabak penyakit yang berat.

4. PAKEJ 2021
InsyaAllah pakej bercuti 2021 saya akan buka tidak lama lagi, dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi, diharap tuan puan dapat menunggu insyaAllah.. 

5. Facebook, Instagram, Twitter
Saya menjemput tuan puan mengikuti saya
Facebook https://www.facebook.com/wanpulautioman/

Sesungguhnya hanya kepada Allah saya berserah. 

Sekian, wassalam.

Yang berkihdmat,
Wan Muhammad Redhuan bin Wan Mustapha.

Previous
Next Post »