Popular

Ferry Schedule For August 2017 (Mersing - Tioman - Mersing) And (Tanjung Gemok - Tioman - Tanjung Gemok)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
apa khabar semua tuan-tuan dan puan-puan? abang wan berharap kalian sihat sejahtera bersama keluarga tercinta. Seperti biasa, dua minggu sebelum tiba bulan baru abang wan akan announce jadual waktu feri ke Pulau Tioman. Kepada anda yang hendak bercuti ke Pulau Tioman, pertama sekali kena tengok jadual waktu dahulu sebelum merancang percutian anda, jangan main terjah terus, takut bila sampai awal ferry pulak berlepas lewat petang jadi perkara pertama kena tengok jadual feri dahulu ok. Yang kedua pabila sudah tengok jadual feri, kena lah tempah awal.. bila awak tu? awal tu terpulang pada anda kerana apabila tiba di jeti tetiba pulak tiket abis, masalah juga tu betul tak dengan bawa anak pulak, aduh .. kita yang kat jeti ni sedih la tengok bila pelancong datang dengan keluarga berakhir dengan kesedihan. kepada anda yang berhajat hendak bercuti, dinasihatkan buat perancangan awal demi mengelak perkara yang tidak di ingini. Salam sayang dari abang wan Assalamualaikum. 

Previous
Next Post »