Popular

PAKEJ PULAU TIOMAN 2014???


Assalamualaikum w.b.t

    Hari ni tiba-tiba pula jari jadi rajin nak menaip.  Kalau zaman belajar dulu aku rajin juga nak menaip, tapi sekarang, tak tau la kenapa jari jemari aku ni rasa berat sangat nak menaip.  Bukan tak ada cerita yang menarik, tapi entah la. Entah apa benda yang aku nak ceritakan pun aku tak sure lagi.  hahaha.

Bila dah tiba akhir tahun ni, kepala otak aku ni asyik dok pikir nak buat apa semasa musim monsun ni yang bakal tiba, customer pun dah berkurangan takkan nak duk canguk je kan, nak berniaga, berniaga apa? aku ni bukannya bos resort pun, modal pun takde hihihihi. Baru baru ni aku mula tersedar dengan banyak perkara. Aku rasa aku perlu bagi tahu kepada semua yang nak tahu, so aku kena bagi tahu hehe berbelit lidah aku ni.

This is the PERFECT TIME untuk mengukir kenangan indah. aku banyak masa berhadapan dengan  customer, tingkah laku aku percakapan aku, temujanji aku semua itu customer yang menilainya, Alhamdulillah customer senang dgn aku, hehehe bukan nak bangga diri. untuk pengetahuan si pembaca aku bukanlah insan yang baik, sopan tapi dengan pekerjaan aku mcm ni banyak mengubah cara aku berkomunikasi, dan bos aku pun suka cara dan gaya aku. kalau zaman dipersekolahan dulu tidak dinafikan memang aku nakal juga, akan tetapi sedikit demi sedikit perubahan itu akan datang.


Street to the point aku tetap jugak nak update blog sedangkan aku dah tau takde siapa lagi yang sudi singgah ke teratak buruk daku ini :). Ramai yang call aku tanya pasal harga untuk tahun 2014, aku tidak dapat nak pastikan lagi harga itu masih kekal atau akan berubah al maklumlah sepertimana kalian semua faham kos sara hidup yang meningkat saban hari, itu semua yang akan diberitahu kelak kerana bos aku pun takde cakap apa-apa lagi. untuk membuat kira-kira bukanlah senang. Insya Allah kalau takde apa apa harga pakej sama sahaja dengan tahun ini sama-samalah kita menunggu jawapan.

Didalam sibuk2 aku ni, social networking tak tinggal jugak okay? Hahaha. Korang kalau rindu ke, nak contact dengan aku, atau nak tanya sesuatu, boleh je contact dekat BBM aku yappp DISINI. Sure aku reply. Oh yeeee jangan lupa like page facebook laju-laju DISINI.

Okey lah, aku rasa sampai disini saja coretan ku. Tidak tahu hendak berbincang apa lagi. Hmm, jangan risau. Kalau ada masa nanti aku update.




















Previous
Next Post »