Popular

Genting Village (Kampung Genting), Pulau Tioman : Panduan Lengkap Termasuk Tarikan, Makanan & Banyak Lagi

 

  KAMPUNG GENTING, SALAH SATU TEMPAT MENARIK DI PULAU TIOMAN YANG MENJADI DESTINASI PILIHAN RAMAI

Bila sebut sahaja Pulau Tioman, sudah pastilah ia sebuah destinasi pelancongan yang sangat terkenal sama ada pelancong dari dalam mahupun luar negara. Mana tidkanya, pulau tioman mempunyai pantai yang cantik yang menjadi pilihan para pelancong sama ada dari dalam dan luar negara. Selain itu, pulau tioman juga mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh di kunjungi oleh para pelancong. Ia menjadikan pulau tioman sebagai satu tempat pelancongan yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong.

Pulau Tioman Mempunyai Kawasan Perkampungan Yang Sangat Menarik

Selain dari beberapa lokasi percutian yang menarik, Pulau Tioman juga mempunyai kawasan perkampungan yang sangat cantik dan sangat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong terutama sekali buat pelancong yang menggemari suasana kampung dan juga pantai. Ia menambahkan lagi daya penarik di pulau tioman. Salah satu kampung yang menarik dan yang boleh anda melawat ialah Kampung Genting. Kampung Genting dilengkapi dengan beberapa kedai, restoran, kafe, chalet, klinik dan masjid. Ini membentuk teras kampung, yang terletak di sekitar jeti. Ia menjadikan kampung Genting ini sebagai sebuah kampung yang moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

Kampung Genting Mempunyai Pelbagai Tempat Percutian Yang Menarik Dan Menyeronokkan.

Bagi yang belum pernah bercuti di pulau tioman, Kampung Genting mungkin satu nama yang asing buat anda. Tetapi bagi yang pernah bercuti di Pulau Tioman,

Kampung Genting merupakan satu nama yang sangat di kenali dan kampung yang pastinya memberikan satu pengalaman yang indah sewaktu anda bercuti di sana. Kampung Genting adalah salah sebuah perkampungan besar yang terletak di sepanjang pantai barat Pulau Tioman, ianya terletak di antara kampung Paya dan kampung Nipah.

Ia mempunyai pantai sepanjang 1.5 km yang berlatar belakangkan hutan hujan yang subur. Sudah pastilah ia menjadi salah satu tempat kegemaran bagi pelancong dalam dan luar negara

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Sekitar Kampung Genting

Bagi yang ingin bercuti ke Kampung Genting, ia bukanlah satu perkara yang merugikan. Ini kerana, di sini anda dapat melakukan bermacam aktiviti yang menarik sama ada bersama dengan keluarga, kawan-kawan mahupun jika anda pergi bercuti secara bersendirian.

Pendek kata, bagi anda yang pergi bercuti di sini, pasti tidak akan merasa bosan kerana masa anda akan di penuhi dengan pelbagai aktiviti sama ada di Kampung Genting atau di sekitarnya.

1- Berjalan-Jalan Sekitar Kawasan Pantai

Jika anda mahukan sesuatu yang mendamaikan sambil menghirup udara yang segar, anda boleh memilih untuk berjalan-jalan di pantai sekitar kampung genting. Di sini terdapat pantai yang cantik serta airnya yang jernih. Ia sudah pastilah akan membuatkan sesiapa sahaja melihatnya akan merasa terpukau.

2- Snorkeling

Apabila pergi ke Pulau Tioman tidak sah rasanya kalau tidak melakukan aktiviti snorkeling. Begitu juga apabila anda singgah ke kampung genting ini. Di sini, anda juga boleh melakukan aktiviti snorkeling dan melihat hidupan dasar laut yang cantik dan yang sangat indah. Di sini anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai pengalaman snorkeling, ada instrukter yang akan membantu anda.

3- Menjelajah Sekitar Kampung

Bagi anda yang mahu merasai suasana kampung, di sini anda juga berpeluang untuk merasainya. Ini kerana, di sini terdapat pejalan kaki yang membolehkan anda menjelajah sekitar kampung yang terdapat di sekitar Kampung Genting. Anda boleh melihat pemandangan yang cantik dan menenagkan jiwa.

4- Jungle Treking

Bagi anda yang minat dengan aktiviti lasak, di sini juga anda boleh melakukan aktiviti lasak. Di mana, di sini anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking bersama dengan kawan-kawan atau dengan rakan-rakan anda. Desa Genting mempunyai banyak bukit dan gunung dengan hutan tebal. Ini menjadikan gunung Kampung Genting sebagai tempat yang ideal untuk pejalan kaki dan backpacker. Hutan yang terdapat di Kampung Genting memiliki tempat pejalan kaki dan tempat mendaki yang membolehkan peminat aktiviti lasak dapat melepaskan gian mereka.

Tempat Makan Menarik Di Sekitar Kampung Genting

Selain dari tempat yang menarik, Kampung Genting juga terkenal dengan pelbagai tempat makan yang menarik dan makanan yang sedap. Bagi pecinta makanan, saya yakin anda pasti akan rambang mata melihat bermacam makanan yang sangat sedap. Antara tempat makan menarik yang boleh anda kunjungi ialah:

1-Makanan Melayu Di Kampung Genting Tioman:

Gerai Makan Jeti Kampung Genting - Gerai makan kecil dan sederhana yang menyajikan makanan Melayu dengan layanan istimewa!





Riverside Cafe N Food stall - Kedai sederhana lain di Genting Village yang menyajikan masakan tempatan yang enak!

Coral Beach Café - Tempat santai untuk bersantai lewat dan menjamu selera dengan hidangan tempatan.


Tempat Tinggal Di Sekitar Kampung Genting

Apabila pergi bercuti sudah pastilah tempat tinggal menjadi antara perkara yang penting. Sudah pastilah setiap dari kita akan mencari tempat penginapan untuk kita berteduh dan berehat. Di kampung Genting ini terdapat banyak tempat penginapan yang boleh anda pilih. Antara tempat penginapan tersebut ialah:

1- Sun Beach Resort (Disyorkan)

Sun Beach Resort menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dan bilik mandi peribadi. Apa yang lagi best mereka mempunyai ruang awam yang selesa (termasuk bar kecil), pantai yang bersih serta kemas dan akses WiFi di lobi hotel. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan aktiviti memancing dengan mereka.

2- Island Reef Resort (Disyorkan)

Bagi anda yang mahu mencari tempat penginapan bajet, anda tidak perlu risau kerana di Kampung Genting juga turut menawarkan beberapa penginapan bajet khusus untuk mereka yang tidak mempunyai bajet yang tinggi. Salah satunya ialah Island Reef Resort. Island Reef Resort merupakan chalet yang sentiasa menjadi pilihan para pelancong untuk menginap terutama sekali pada cuti hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum dan ia adalah salah satu penginapan yang boleh anda pilih di sekitar Kampung Genting. Walaupun ia merupakan sebuah tempat penginapan bajet tetapi ianya terletak tidak jauh dengan pantai dan mempunyai chalet yang terletak di lereng bukit serta boleh memuatkan kapasiti sehingga 100 orang pada satu-satu masa. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menawarkan banyak pakej yang menarik untuk anda pilih. Ia termasuklah perjalanan feri 2 hala ke Pulau Tioman, makan dan juga pakej aktiviti snorkeling bersama dengan penginapan

3- Idaman Beach Holiday Resort (Disyorkan)

Idaman Beach Holiday Resort merupakan satu lagi tempat penginapan bajet yang terletak di kawasan hujung pantai Kampung Genting dan di tengah-tengah tumbuh-tumbuhan. Resort ini terletak sangat berdekatan dengan pantai. Dari penginapan ke pantai kurang 20 langkah sahaja. Resort ini mempunyai lebih dari 20 bilik dan sangat sesuai untuk pasangan dan keluarga. Untuk makan pula anda tidak perlu risau kerana anda boleh menjamu selera di restoran di lokasi mereka.

4- Dumba Bay Resort

Bagi anda yang gemarkan homestay atau chalet yang reka bentuknya seperti rumah tradisional melayu, saya sarankan untuk anda memilih resort Dumba Bay Resort ini. Chaletnya ini, di perbuat berdasarkan rumah trasional melayu, membuatkan para pelancong menjadi tertarik dan memilih chalet ini sebagai salah satu tempat penginapan mereka.

Walaupun ia di buat berdasarkan corak rumah tradisional melayu, anda tidak perlu risau kerana fasiliti yang di tawarkan adalah moden dan setiap biliknya mempunyai penghawa dingin. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan kemudahan restoran yang menyediakan masakan tempatan. Dalam erti kata lain, memang selesalah menginap di sini.

5- Bayu Tioman Resort

Selain dari Dumba Bay Resort, ada satu lagi resort yang berlatarkan rumah tradisional iaitu, Bayu Tioman Resort. Bayu Tioman Resort yang terletak di selatan kampung Genting. Ini kerana, Chaletnya mempunyai beranda peribadi yang mana anda boleh berehat sambil melihat pemandangan laut yang cantik. Dari segi kemudahan yang di tawarkan juga tidak kurang hebat di mana mereka menyediakan kemudahan karaoka, pusat menyelam.

6- Marina Bay Resort

Marina Bay Resort juga merupakan salah satu tempat penginapan yang boleh anda pilih. Terletak di atas bukit, dan setiap chaletnya pula mempunya balkoni membuatkan sesiapa sahaja yang menginap di sini akan merasa seronok dan tenang. Selain itu, jika anda mahu mereka juga boleh membantu anda dalam mengatur lawatan ke pulau-pulau di sekitarnya ataupun mengaturkan aktiviti snorkeling. Semuanya ini anda boleh minta bantuan mereka di kaunter lawatan yang disediakan oleh pihak resort.

7- Damai Tioman Resort

Damai Tioman Resort adalah salah satu penginapan yang boleh anda pilih di Kampung Genting. Walaupun ia merupakan sebuah tempat penginapan bajet tetapi ianya terletak berdekatan dengan pantai dan mempunyai chalet yang terletak di lereng bukit serta boleh memuatkan kapasiti sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menawarkan banyak pakej yang menarik untuk anda pilih. Ia termasuklah perjalanan feri 2 hala ke Pulau Tioman, makan dan juga pakej aktiviti snorkeling bersama dengan penginapan dan kemudahan pusat menyelam.

Untuk dapatkan pakej-pakej menarik boleh lihat di link ini https://linktr.ee/wanpulautioman1

Dikarang oleh Wan Pulau Tioman
0192941683












Latest
Previous
Next Post »