Popular

Perutusan Tahun Baru 2017


Perutusan Tahun Baru 2017

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.
Saya wakil penduduk Pulau Tioman, terutama Kampung Genting ingin
mengambil sedikit ruang dan peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun
Baru 2017.
Sesungguhnya Tahun 2016 yang bakal meninggalkan kita telah
banyak melukiskan memori suka dan duka, pahit dan manis sebagai seorang yang
serba kekurangan.
Sebagai peneraju pakej bercuti ke Pulau Tioman Terletak di
Negeri Pahang ini, jauh di sanubari saya ingin sekali menyediakan banyak
perkara sebagai kepuasan pelancong.
Nanum sebagai hamba Allah, saya hanya mempunyai kudrat upaya
terbatas. Maka dalam keadaan ini saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
mengurniakan kepada saya nikmat kesihatan dan kekuatan jiwa dan sebagainya.
Rakan teman yang tidak membiarkan saya bersendirian dan
pelancong yang penuh dengan budaya ihsan. Terima kasih semua.
Kesempatan ini juga, saya bagi pihak Tok Ketua dan penduduk
kampung Pulau Tioman ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada pelancong dan semua yang terlibat tidak putus-putus meluangkan masa dan
wang ringgit untuk datang bercuti ke Pulau Tioman.
Demikian episod-episod kenangan kita mengakhiri 2016.
Akhir sekali izinkan saya mengucapkan tiga perkara sebelum 2016
melabuhkan tirainya bagi membuka laluan kepada 2017 untuk mencatatkan nota-nota
kehidupan:

1. TERIMA KASIH
Terima kasih saya ucapkan kepada pelancong yang menghubungi saya
sepanjang tahun 2016, semoga tidak jemu menghubungi saya dimasa akan datang.

2. MAAF
Saya dan penduduk memohon maaf diatas kesilapan dan
keterlanjuran jika ada.

3. DOA
Saya mendoakan kebaikan kepada pelancong yang datang supaya
selamat datang dan pulang sepanjang percutian dan memohon doa dari kalian
supaya Pulau Tioman dijauhkan bala bencana, wabak penyakit yang berat.
Sesungguhnya hanya kepada Allah saya berserah.
Sekian, wassalam.

Pemilik blog Wan Pulau Tioman
0192941683
tiomanwan@gmail.com
Previous
Next Post »